Santa Claus Walking

Sejarah Awal Petempatan Manusia

Pada zaman dahulu, manusia hidup secara nomad. Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara kumpulan. Petempatan awal mereka adalah di dalam gua, persekitaran gua, kawasan lapang, dan di tepi sungai atau tasik.


Persekitaran Gua
Pada peringkat awal, manusia telah memilih persekitaran gua sebagai tempat tinggal. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan. Gua yang terdapat di situ pula dapat dijadikan tempat tinggal dan perlindungan.



Kawasan Lapang
Manusia zaman dahulu juga tinggal di kawasan lapang. Mereka mula bercucuk tanam. Mereka juga masih berburu binatang. Mereka telah membina pondok-pondok sebagai tempat tinggal. Pondok dibuat daripada batang pokok dan daun-daun pokok.
 


Pinggiran Sungai atau Tasik
Selain persekitaran gua dan tanah lapang, petempatan awal manusia ialah di pinggiran sungai atau tasik. Mereka boleh mendapatkan sumber air. Selain berburu binatang liar dan memungut pucuk-pucuk daun, mereka dapat menangkap ikan.







Perbezaan Antara Petempatan di Gua dan Pinggiran Sungai


Gua
Gua merupakan petempatan awal yang terbentuk secara semula jadi. Gua merupakan sebuah lubang besar dan dalam di sesebuah kaki bukit. Biasanya gua terdapat di pedalaman yang berhutan. Gua adalah kukuh.


Pinggiran Sungai
Bagi petempatan awal ini, manusia zaman dahulu membina pondok di pinggiran sungai. Pondok dibina dengan menggunakan batang pokok dan daun-daun pokok. Akar pokok digunakan untuk mengikat tiang. Oleh itu, binaan pondok kurang kukuh.

2 comments: