Santa Claus Walking

Kepentingan Rumah

Rumah penting bagi kehidupan manusia. Kepentingan rumah ialah memberikan perlindungan kepada kita, menyediakan keselesaan dan mewujudkan kemesraan keluarga.

Memberikan Perlindungan
Rumah melindungi keluarga kita daripada hujan dan panas. Rumah juga dapat melindungi barang keperluan dan harta benda keluarga. Selain itu, rumah melindungi kita daripada ancaman berbahaya.


Menyediakan keselesaan
Terdapat pelbagai ruang dalam rumah. Ruang tamu berfungsi menyediakan tempat untuk kita beristirahat dan berinteraksi sesame anggota keluarga.





Mewujudkan kemesraan keluarga
Di rumah, kita dapat makan dan berbincang bersama-sama anggota keluarga. Anggota keluarga juga dapat merayakan hari perayaan, mengadakan majlis hari jadi dan kenduri.

No comments:

Post a Comment