Santa Claus Walking

Faktor Mempengaruhi Pembinaan Rumah

Sejarah Reka Bentuk Rumah
Setiap rumah mempunyai reka bentuk. Reka bentuk rumah Kutai di Perak sama seperti rumah di Aceh dan Makasar, Indonesia. Menurut sejarah, orang Aceh dan Bugis pernah menetap di negeri Perak.

Rumah Kutai

Rumah Kutai

Reka bentuk bumbung rumah Minangkabau melentik seperti tanduk kerbau. Reka bentuknya sama seperti reka bentuk rumah di Sumatera, Indonesia. Menurut  sejarah, orang Minangkabau telah datang dan menetap di Negeri Sembilan dengan membuat rumah. Orang Minangkabau membuat rumah mereka dengan mengekalkan reka bentuk rumah seperti reka bentuk rumah di Minangkabau.


Rumah Minangkabau




Rumah Minangkabau











  

Ada reka bentuk rumah di Cameron Highlands, Pahang sama seperti reka bentuk rumah di England. Orang Inggeris membina rumah tersebut semasa menjajah negara kita.

Rumah Inggeris

Rumah Inggeris


Reka bentuk rumah Jawa di Indonesia mempunyai pengaruh reka bentuk rumah Belanda. Menurut sejarah, Indonesia pernah dijajah oleh Belanda.


Rumah Jawa
Rumah Jawa


Bentuk Muka Bumi Mempengaruhi Jenis Rumah
Antara bentuk muka bumi yang terdapat di negara kita ialah tanah tinggi, tanah pamah dan pinggir laut. Jenis rumah yang boleh dibina mengikut keadaan bentuk muka bumi.


Di kawasan tanah pamah, pelbagai jenis rumah boleh dibina. 

Contohnya rumah banglo dan kondominium.







Di kawasan pinggir pantai, jenis rumah yang bertiang tinggi sesuai dibina. 

Contohnya rumah air.








Di kawasan tanah tinggi juga boleh dibina rumah. Antara rumah yang boleh dibina ialah rumah banglo dan rumah sebandung. 

Rumah di kawasan tanah tinggi hanya boleh dibina pada struktur tanah yang kukuh. 


Selain itu, pembinaan rumah di kawasan tanah tinggi perlu mengambil kira kesan alam sekitar dan langkah-langkah keselamatan.


 
Ciri Fizikal Mempengaruhi Tempat Tinggal
Antara ciri fizikal yang mempengaruhi tempat tinggal selain bentuk muka bumi ialah iklim dan tumbuh-tumbuhan.

Di kawasan Prairie, Kanada. Terdapat banyak pokok jenis daun luruh. Kayu daripada pokok ini sesuai dibina rumah. Oleh itu, banyak rumah di kawasan ini dibina daripada kayu.





Negara Mesir terletak di kawasan gurun. Kawasan ini berpasir, angin bertiup kencang dan kurang menerima hujan. Oleh itu, rumah yang dibina mempunyai bumbung berbentuk rata.


 







Di kawasan hutan hujan Amerika Selatan, ada suku kaum Indian menggunakan sumber hutan untuk membina rumah. Mereka membuat rumah daripada anak pokok yang diikat dengan pokok berjalar. Bumbung dan dinding rumah dibuat daripada daun palma atau rumput-rumput kering.





Di kawasan Kutub Utara, orang Eskimo menggunakan bongkah ais untuk membina rumah. Rumah mereka dikenali sebagai iglu.

 


Ciri Keselamatan pada Reka Bentuk Rumah
Setiap reka bentuk sesebuah rumah mempunyai ciri keselamatan. Ciri keselamatan akan memberi kesejahteraan dan keamanan kepada penghuninya.

Ciri keselamatan pada reka bentuk rumah tradisional.


Rumah Kutai mempunyai selak pintu yang hanya boleh dibuka olehh penghuninya sahaja.






 
Ciri Keselamatan
Fungsi
Lif
Penghuni dapat turun dengan cepat jika berlaku kecemasan.
Jeriji
Bagi menghalang penghuni jatuh.
Beranda /
Balkoni
Memudahkan ahli bomba memberikan bantuan jika berlaku kebakaran.
Tangga
Penghuni melepaskan diri semasa kebakaran.



Rumah yang Selesa
Rumah yang selesa akan memberi keseronokan dan kegembiraan kepada penghuni rumah. Rumah yang selesa mempunyai pelbagai ruang.



Bentuk bumbung “V” terbalik membolehkan udara masuk ke dalam ruang bumbung. Oleh itu, keadaan panas di dalam rumah dapat dikurangkan.

Peredaran udara dalam ruang bumbung rumah tradisional.


 
Kebanyakan rumah di Eropah mempunyai tempat unggun api. Unggun api daripada kayu yang dibakar memberi keselesaan kepada penghuninya semasa cuaca sejuk.





   
Kepadatan Penduduk Mempengaruhi Pembinaan Rumah
Kepadatan penduduk ialah nisbah jumlah penduduk berbanding dengan luas kawasan.

Penduduk padat terdapat di kawasan Bandar. Contohnya, bandar raya Kuala Lumpur, bandar Georgetown di Pulau Pinang dan bandar Kuching di Sarawak. Penduduk yang padat menyebabkan banyak jenis rumah dibina seperti   kondominium dan rumah 
                                                                   pangsa.


Penduduk sederhana padat terdapat di kawasan pertanian. Contohnya, Tumpat di Kelantan, Sabak Bernam di Selangor dan Miri di Sarawak. Di kawasan ini, jenis rumah dibina seperti rumah kampung, rumah teres dan rumah banglo.



Penduduk kurang padat terdapat di kawasan pedalaman. Contohnya, Kuala Krai di Kelantan, Kuala Tahan di Pahang dan Saratok di Sarawak. Di kawasan ini, jenis rumah dibina seperti rumah kampung dan rumah panjang.

5 comments:

  1. terima kasih kerana membantu saya membuat kerja rumah saya

    ReplyDelete
  2. anak saya perlu menyiapkan folio ruang rumah yang selesa. dia tidak tahu bagaimana hendak memulakannya

    ReplyDelete
  3. tq krena blog ni la saye dapat siap kan kaje skolah ....x de la kan marah ngan cikgu.hihihihihi....=)..=)...tq

    ReplyDelete